Lobster kalau diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia akan menjadi udang kara atau udang karang. Tapi memandangkan lebih ramai yang akan faham bila gunakan perkataan lobster maka kami tak terjemahkan tajuk ini. Chef atau tukang masak memang kreatif bila merekacipta atau menghasilkan sesuatu daripada makanan. Kali ini kami ingin mempersembahkan hasil kreativiti chef dari Taiwan, Huang Mingbo yang menghasilkan model motorsikal yang unik dan menarik daripada cengkerang udang kara.
Cool kan lobster ni, kagum kami tengok. Bukan calang-calang orang boleh buat hasil yang unik macam ni. Kalau boleh pon mungkin memerlukan bakat dan latihan yang gigih tanpa mengenal erti jemu haha. Kalau ada sesiapa berminat tu sila la beli udang kara dan cuba sendiri ye hehe. Lepas tu kalau dah puas hati ape kata korang cuci mata tengok cupcakes yang comel-comel belaka ni semua pulak
cisdel
Tidak ada komentar:
Posting Komentar