Rabu, 07 Agustus 2013

Amalan Sunat Di Malam Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya bagai semalam 1 Ramadan, begitu cepat masa berlalu kini kita bakal meninggalkan Ramadan dan belum pasti tahun depan kita akan dapat bertemu dengan bulan penuh rahmat ini. Semuga Ramadan tahun ini lebih baik daripada Ramadan tahun lepas dan kita azam untuk meneruskan semua amalan baik di bulan Ramadan di sebelas bulan yang lain.

Kita akan melangkah ke bulan Syawal bulan yang biasa digambarkan dengan kemeriahan dan pesta suka suki. Aku nak kongsikan ilmu darpada Ustaz Noehas yang beliau kongsikan dalam group whatsapp kami. Terima kasih kepada Ustaz yang tidak lokek dengan ilmu dan semuga ilmu ini akan mengubah cara kita menyambut AidilFitri setiap tahun bermula tahun ini. Ilmu memang penting tanpa ilmu soal kecil seperti isu “Hubungan Suami Isteri Malam Raya” pun menjadi isu kepada sebahagian masyarakat.




PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA MALAM HARI RAYA

Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari raya, dinukilkan;
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَاالرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَعَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِمُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. {ش} قَالَ الشَّافِعِىُّ :وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِالْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِمِنْ شَعْبَانَ.
Maksudnya: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.
Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu Darda’ berkata:Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fitri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.
2) Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;
و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمانإسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أنا أبو عبد الله محمد بن علي بنعبد الحميد نا إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابنالبيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال : خمس ليال لا يرد فيهنالدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجب و ليلة النصف من شعبان وليلتا العيد
Maksudnya: Daripada Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari Rejab, malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).
Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.
CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT
Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar;
يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كانضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها قال : والظاهر أنه لا يحصلالإحياء إلا بمعظم الليل
Maksudnya: Disunatkan untuk menghidupkan kedua-dua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya.
Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.
Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.
2) Di dalam kitab Al-Imdad’;
وفي الامداد: ويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عددمخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديث وسماعها، وبالتسبيح والثناء،والصلاة والسلام على النبي (ص) الحاصل ذلك في معظم الليل
Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.
3) Daripada Ibn Abbas;
عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم علىصلاة الصبح جماعة، كما قالوه في إحياء ليلتي العيدينوفي صحيح مسلم قال رسول الله (ص) من صلى العشاء فيجماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنماقام الليل كله
Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah.
Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.

P/s: Amalan-amalan sunat ini afdhal nya dibuat secara bersendirian.

Daripada kita sibuk membakar lemang dan ketupat, menghias rumah sampai penat, shopping di baazar, tesco, giant, carrefour dan kedai Pak Mat….Apa kata kita ubah sikit malam raya tahun ini dengan beribadat….Moga kita dapat kembali kepada fitrah dan beroleh rahmat!!

Salam Aidilfitri…Maaf Zahir & Batin.
denaihati.com

10 Perkara Paling Dinantikan Menjelang Hari Raya

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu, selamat berpuasa dah sampai puasa ke 29 hari ini tinggal sehari lagi untuk kita sembut Hari Raya Aidilfitri yg gembira. Tahu hari ni paling ramai kawn2 buat persiapan untuk hari raya tengah kemas rumahlah, tengah siap2 pakaian baru lah dan mcm2 lagi lah. Seronokkan tapi tahu tak anda 10 perkara yg paling di nantikan oleh kita bila menjelang hari raya. Mah@mahu nak kongsi tentang perkara-perkara yg di tunggu-tunggu itu.
 
10 perkara yang paling dinantikan menjelang Hari Raya
 
 
1) Baju Raya
Semua org sibuk nak menggayakan baju raya baru dan pastinya masing2 nak berlawan untuk tayangkan baju sapa paling cantik dan paling bergaya di pagi raya nanti. Masa tu gak di gadis berhiasa cantik dan si teruna pun bergaya tampan utk mengorat hehehe.
 
2) Kuih Raya
Ini paling di nantikan oleh kaum ibu bila menjelang hari raya, mana tak nya kuih yg berbagai jenis dan rupa ni nak dihidangkan pada rakan dan sedara mara. Time tu lah mereka akan bertukar2 resepi dan saling mengoment antara satu sama lain hehehe..
 
3) Duit Raya
Ini sebenarnya paling di nantikan oleh adik2 dan juga anak2 bila tiba hari raya. Kalau boleh pagi raya tu dan terpacak kat depan rumah org yg paling byk bagi duit raya. Nak kumpul katanya buat belanja sekolah hehehe ye lah tu.
 
4) Lagu Raya
Lagu raya ni sebenarnya sesuai untuk perantau yg nak pulang berhari raya. Bila dengar lagi raya dalam kenderaan memang sayu sgt rasa dan berkobar-kobar untuk balik raya bersama keluaraga. Tapi apa pun hati2 kat jalan raya ok.
 
5) Bunga api
Ini lagi tak sah kalau tak ada pada musim perayaan ni. Bukan takat anak2 bapak dan mak pun turut sama main bunga api. Kata org kalau nak tahu raya dan tiba cuba tgk bunga api kalau byk tu makin dekatlah hari raya hehehe..
 
6) Ucapan Raya
Kalau tiba nak raya ni kat dalam akhbar atau dalam media social ni semua sibuk nak buat ucapan raya. Teknologi makin canggih tak guna kad raya sekarang ni bukan takat sms malah wechat raya pun dah ada tau hehehehe...
 
7) Kereta Raya
Remaja dan mereka yg baru bina kerjaya kalau dpt bawa pulang kereta raya sempena dengan hari raya ni memang best lah. Kecoh satu kampung bila tgk anak2 jiran bawa balik keta baru hehehe sapa tak suka kan. Makin panjanglah langkah di hari raya nantikan.
 
8) Rancangan TV Raya
Ini satu lagi dah jadi trend lak kat saluran tv semua nak tayang drama raya dan juga sketsa raya yg best2. Habis satu keluarga tak kuara beraya sibuk mengadap tv jer nak tgk movie2 best. Tak kurang hebatnya filem2 baru kat pawagam semua berebut nak tayang time raya ni.
 
9) Rumah terbuka
Mada musim perayaan ni lah kata org bukan sahaja nak merapatkan silatulrahim malah masing2 sibuk nak buat open house untuk jiran dan rakan2 yg tak sempat beraya. Terutama org tinggal di bandar guna kesempatan nak jmpa kawn2 lama dan nak beraya dengan jiran sebelah.
 
10) Rumah Raya
Rumah raya ni lah paling hevouqe mana taknya semua barang dalam rumah mesti baru. Sofa baru, langsir baru, meja baru, bekas kuih raya baru dan paling best setiap rumah siap lawan2 lagi dengan jiran sebelah rumah sapa paling meletop lah hari raya ni hehehehe.
 
Apa pun persiapan kita untuk raya ni org kata biar berpada2 dan jgn berlebihan nanti tanggun hujang tak berkesudahan. Moga raya tahun ini lebih bermakna bagi kita semua seisi keluarga kerana bukan senang nak berkumpul dan merapatkan silatulrahim kan. Mah@mahu pun dah kat kg ni terasa sgt suasana raya ni dan nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pembaca
 Mahamahu.com.

Selasa, 06 Agustus 2013

Fenomena Hujan Meteor 10 -30 Ogos



Perseid adalah hujan meteor yang lebat dan dikaitkan dengan komet Swift-Tuttle. Perseid dikenali sebegitu kerana punca dari mana ia kelihatan berasal, atau dikenali sebagai radian, terletak dari gugusan Perseus. Namanya diambil sempena sebahagian dari nama Perseides, satu istilah yang terdapat dalam satu mitos Greek, merujuk kepada waris Perseus. 
Hujan Meteor
Satu aliran puing-puing yang dikenali sebagai awan Perseid dan mengunjur sepanjang orbid komet Swift-Tuttle. Kelompok awan ini terdiri daripada jisim yang dirembes oleh komet ketika ia mengembara pada orbit selama 130-tahun. 
 
Kebanyakan dari debu dalam awan tersebut hari ini berusia sekitar seribu tahun. Bagaimanapun, terdapat juga jaluran utasan habuk yang agak baru dalam aliran itu yang tersingkir dari komet pada tahun 1862.Kadar jaluran utasan yang berasal dari meteor ini adalah lebih tinggi berbanding bahagian aliran lebih lama.
 
Hujan meteor ini muncul pada pertengahan bulan Julai setiap tahun, memuncak pada 9 hingga 14 Ogos bergantung kepada tempat munculnya hujan meteor tersebut. Semasa kemuncak, kadar meteor ini boleh mencecah 60 atau lebih sejam. Hujan meteor ini biasanya boleh dilihat di mana-mana bahagian langit, tetapi oleh kerana laluan komet Swift-Tuttle, Perseid akan lebih aktif di kawasan hemisfera utara. 
 
Sebagaimana semua hujan meteor lain, kadar ini mencapai tahap tertinggi pada waktu sebelum subuh, kerana bahagian Bumi paling hampir mengadap matahari mengaut lebih banyak meteor ketika Bumi bergerak melalui angkasa. Pada tahun 2009, Kadar Kemuncak Sejam ("Zenithal Hourly Rate") adalah 173, tetapi cahaya meteor yang lebih malap dilunturkan oleh sinar cahaya bulan purnama.
 

 
 v12gether.blogspot.com

Kehebatan Penguin

TIDAK ada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia. Hatta seekor lalat sekalipun mempunyai kelebihan sebagai mana yang disebutkan dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 73.

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).  [22:73]
 



PENGUIN, adalah haiwan yang hidup di kutub-kutub bumi, di kawasan yang suhunya amat tinggi dalam cuaca yang sangat sejuk. Jauh dari kehidupan manusia, kadang-kadang kita lupa untuk melihat apa hebatnya dalam penciptaan penguin.

Berbicara tentang penguin, kenapa penguin menjadi pilihan di kalangan haiwan-haiwan yang ada di muka bumi Allah ini. Umumnya, kita melihat penguin tidak boleh terbang atau boleh dikatakan terbang dengan cara penguin itu sendiri. Bayangkan seekor penguin kecil terbang, terbang dalam kadar yang tidak begitu tinggi. Namun, masih mampu terbang masuk dan keluar dari laut. Namun, apa yang menarik tentang penguin ini, bagaimana penguin ini mampu memberi contoh kepada kita untuk menjadi seorang murabbi yang sukses.
Untuk seekor penguin betina, ia akan bertelur sebutir telur sahaja.Selepas bertelur, penguin jantan akan mengerami telur itu. Penguin jantan berusaha melaksanakan tugasnya selama 65 hari tanpa bergerak pada suhu serendah minus 30-40 darjah celcius. Apabila anaknya hampir menetas, penguin betina segera akan mencari makanan untuk anaknya itu. Setelah mengeram lebih dua bulan, penguin jantan akan  kehilangan sepertiga berat tubuhnya.  Setelah telur menetas, bayi penguin akan diletakkan di antara kedua-dua kaki induknya selama satu ke dua bulan. Perlindungan ini amat penting untuk anak penguin kerana anak penguin akan mati sekiranya ia meninggalkan tempat yang hangat ini selama beberapa minit shaja.
65 hari, penantian selama itu, pasti membosankan bagi manusia. Penguin, haiwan yang patuh kepada tugas yang diilhamkan Allah menjalani pengorbanan ini dengan setia. Allah, yang bersifat Maha Pelindung kepada hamba-hambaNya,maka Dia jualah yang mengilhamkan kepada penguin bagaimana untuk melindungi anaknya ini dengan cara ini.
Sungguh mengagumkan, bagaimana penguin jantan bertanggungjawab melindungi anaknya sehingga anak itu mampu survive atau hidup berdikari. Dalam konteks dakwah dan tarbiyyah, tugas penguin jantan ini samalah ibaratnya dengan tugas seorang murobbi. Adalah merupakan tanggungjawab seorang murobbi itu mendidik ‘anak’nya sehingga anak itu mampu berdikari dan survive dengan persekitarannya. Berdikari yang di maksudkan adalah mampu menangkis jahilliyah yang datang menyerang dalam pelbagai cara dan memahami yang hak dan yang batil. Anak itu perlu fahami tugasnya sebagai abid dan khalifah di bumi Allah.
Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut murobbi itu perlu bersedia untuk berkorban sepertimana penguin jantan berkorban untuk tidak makan selama beberapa bulan. Tidak makan dalam konteks seorang daie bukanlah tidak menjamah makanan, tetapi berkorban mengetepikan keselesaan kita demi membentuk dan membesarkan mutarobbi itu. Kerana tugas murobbi itu, melindungi mutarobbi dari segala fitnah jahilliyah dan persekitaran yang boleh mematikan mereka. Tugas murobbi untuk menempis segala bahaya atau ancaman yang mahu memakan mutarobbi yang kita jaga.
Setiap hamba harus mematuhi arahan tuannya, dengan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan-Nya. Sebagai hamba, kita harus fahami tugas kita sebagai khalifah merangkap murobbi untuk mendidik umat manusia ke arah Islam. Allah telah memilih hambanya sesuai dengan kemampuan hambanya itu. Ayuh, sambut seruan menjadi murobbi sukses, sehebat penguin tadi.

Sumber: dakwah.info

Senarai 146 Kawasan Yang Kerap Berlaku Kemalangan Di Seluruh Negara 2013


kawasan selalu kemalangan

Kawasan kerap berlaku kemalangan (selalu accident) di seluruh negara telah menurun kepada 146 tahun ini berbanding 183 kawasan tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad malam tadi.

Beliau berkata antara lokasi itu ialah antara KM 12 hingga KM 70 di Kuala Lipis menuju Merapoh, KM 14 hingga KM 15 di Kuala Lumpur menuju Ipoh dan KM 4 hingga KM 13 di Johor Baharu menuju Air Hitam.

"Daripada 146 kawasan itu, 72 adalah di bawah JPJ manakala 74 di bawah polis," katanya pada sidang media di Plaza Tol Puchong arah Selatan (menghala Putrajaya) dekat sini.
 

Terdahulu, beliau menyertai praoperasi bersepadu sempena Aidilfitri yang dijalankan bersama oleh JPJ, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Puspakom Sdn Bhd di plaza tol itu.

Ismail berkata praoperasi itu akan dijalankan sehingga 31 Julai ini sebelum Operasi Bersepadu diadakan serentak di seluruh negara dari 1 hingga 18 Ogos depan.

"Operasi ini lebih ditumpukan kepada kenderaan motosikal dan bas ekspres kerana ia sebagai penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya di seluruh negara," katanya.

Ismail berkata sebanyak 69 saman dan sembilan notis dikeluarkan oleh JPJ bagi pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, tidak memiliki lesen memandu, memasang cermin gelap melebihi tahap ditetapkan dan plat nombor tidak mengikut spesifikasi.

Beliau menasihatkan para pemandu dan penunggang motosikal supaya mengutamakan keselamatan menjelang hari raya berikutan peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya. - Bernama

State
Jalan / Laluan / stretch of road
Kelantan
Pasir Puteh
  • Jln. K. Bharu-K. Terengganu
Machang
  • Jln Machang-Pasir Puteh
  • Jln. Machang-Tanah Merah
  • Jln. K. Bharu-K. Krai
Kuala Krai
  • Jln. K. Krai-Gua Musang
  • Jln. K. Krai-Kota Bharu
Gua Musang
  • KM1 – 74 Jln. Gua Musang-K. Krai
  • Jln. Gua Musang-Merapoh
Tanah Merah
  • Jln. Tanah Merah-Jeli
  • Jln. Tanah Merah-Machang
Tumpat
  • Jln. Kota Bharu-Machang
  • Jln. Wakaf Baru-Pengkalan Kubor
  • Jln. Tanah Merah-Pasir Mas
Pasir Mas
  • Jln. Salor-Pasir Mas-Kota Bharu
Terengganu
Kuala Terengganu
  • KM 15-24 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu
  • KM 4-12 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang
  • KM 15-35 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja
  • KM 6-10 Jalan Kuala Terengganu-Seberang Takir.
Besut
  • KM 98-114 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
  • KM 6-10 Jalan Kampung Raja-Alor Lintang
  • KM 1-20 Jalan Jertih-Kampung Raja
  • KM 1-35 Jalan Jertih-Keruak
  • KM 1-28 Jalan Jertih-Bukit Puteri.
Marang
  • KM 18-60 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
  • KM 15-28 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang
Dungun
  • KM 61-69, KM 74-89 dan KM 91-102 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
  • KM 58-75, KM 77-89 dan KM 95-108 Jalan Jerangau-Jabor
Kemaman
  • KM 110-115, KM 120-138, KM 140-141 dan KM 149-158 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
  • KM 122-148 dan KM 155-179 Jalan Jerangau-Jabor
  • KM 14-16 Jalan Cukai-Air Putih
Setiu
  • KM 46-49, KM 51-53, KM 65-68 dan KM 82-84 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu
  • KM 41-44, KM 65-68 dan KM 73-75 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja
  • KM 32-35 Jalan Sungai Tong-Kuala Berang
Perak
Kerian
  • KM 95 - 123, Jln Ipoh – B’worth
Taiping
  • KM 74, Jln Taiping Pantai Remis
  • Jln Taiping – Kuala Sepetang
Gerik
  • KM 15 – 70 Jln Gerik - Jeli
  • Jln Gerik – Penkalan Hulu
  • KM 7 – 11 Jln Gerik – Lenggong
  • KM 82 – 115 Jln Ipoh Gerik
Sg. Siput
  • KM 29 – 44 Jln Ipoh – K/kangsar
Ipoh
  • Jln Ipoh – Lumut
  • Jln Ipoh K/kangsar
Hilir Perak
  • Jln Sitiawan – Teluk Intan
  • Jln Maharajalela
  • Jln Maharajalela – Teluk Intan
  • Jln Changkat Jong
  • Jln Teluk Intan – Hutan Melintang
  • Jln Langkap – Kampar
  • KM 18 – 36 Jln Hutang Melintang – Bagan Datoh
  • Jln Bahagia
Manjung
  • Jln Sitiawan – Lumut – Teluk Intan
  • Jln Sitiawan – Ipoh
Bt. Gajah
  • Jln Ipoh – Lumut
Tg. Malim
  • KM 102 – 224, Jln Ipoh – K/lumpur
Tapah
  • KM 53 – 87 Jln Ipoh – K/lumpur









Pulau Pinang
  • Jalan Chain Ferry
  • Jalan Permatang Batu
  • Jalan Machang Bubok-Kulim
  • Jalan Bukit Minyak
  • Jalan Valdor
  • Jalan Sg. Bakap
  • Jalan Bagan Luar-Bumbung Lima
  • Jalan Paku Lima-Kampung Selamat, Padang Serai
Selain itu, di bahagian Pulau, laluan maut yang dikenal pasti adalah:
  • Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu
  • Jalan Paya Terubong-Balik Pulau
  • Jalan Bayan Lepas-Teluk Kumbar
Perlis
Kangar
  • Jalan Kangar - Alor Setar
  • Jalan Kangar - Kodiang
  • Jalan Kuala Perlis - Changloon
  • KM 1-5 Jalan Kangar - Padang Besar
  • KM 5.2-34 Jalan Kangar - Padang Besar
Kedah
Kota Setar
  • KM1-9 Jalan Alor Setar-Pokok Sena
  • KM8 Jalan Alor Setar-Kangar
  • KM1-3 Jalan Alor Setar-Sungal Petani (Tandop)
Kuala Muda
  • KM51 Jalan Alor Setar-Butterworth
  • KM39-KM69 Jalan Alor Setar
Butterworth
  • KM8 Jalan Gurun-Jeniang
  • KM5 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil
  • Batu 5 Jalan Bedong-Tanjung Dawai
Kulim
  • KM12 Jalan Kulim-Mahang
  • KM32 Jalan Kulim-Baling
Kubang Pasu
  • KM19-KM25 Jalan Alor Setar-Kangar
  • KM16-KM20 Lebuh Raya Utara SeIatan
  • Jalan Changlun-Kodiang
Baling
  • KM29.3 Jalan Sungai Petani-Baling
  • Simpang Tiga Landak (Jalan Kulim-Gerik)
Padang Terap
  • KM 1 Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena
Langkawi
  • KM7 Jalan Bukit Tekoh
Pendang
  • Jalan Titi Hj Idris-Pendang
  • KM58, KM59 dan KM60 Lebuh Raya Utara-Selatan
Bandar Baharu
  • KM26 Jalan Serdang-Kulim
Yan
  • KM23 dan KM31 Jalan Alor Setar-Sungai Petani
Sik
  • KM12 Jalan Jeniang-Sik
Pahang
Kuantan
  • KM 36-48 Jalan Kuantan-Maran
  • KM 11-20 Jalan Kuantan Bypass
  • KM 32-35 Jalan Kuantan-Kemaman
Pekan
  • KM 7-11 Jalan Kuantan-Pekan
  • KM 62-65 Jalan Kuantan-Segamat
Lipis
  • KM 59 Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang
Temerloh
  • KM 123-125 dan KM 162-168 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Maran
  • KM 66- 82, KM 95-102 dan KM 108-112 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Bentong
  • KM 75 Jalan Kuala Lumpur-Karak
  • KM 7 Jalan Bentong-Raub
Rompin
  • KM 104-110, KM 112-115, KM 120-124 Jalan Kuantan-Segamat
Raub
  • KM 325-326 Jalan Raub-Lipis
  • Jalan susur keluar Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari Felda Jengka 19 ke Bandar Jengka
  • Selekoh Felda Jengka 19
  • Selekoh Felda Jengka 20 dan Felda Jengka 16 serta Felda Jengka 15
  • Persimpangan Bukit Cempedak, laluan Bukit Kebok dan persimpangan Pekan Tajau
Selangor
  • KM 415-452 Lebuhraya Tanjung Malim-Shah Alam
  • KM 1-4 Lebuhraya Elite
  • KM 12-45 Jalan Klang-Banting
  • KM 16-24 dan KM 70-77 Jalan Kuala Kubu-Rawang
  • KM 24-69 Jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam
  • KM 1.9-2.7 Jalan Banting-Salak Tinggi
Negeri Sembilan
  • Jalan Serting Tengah
  • Laluan di Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus
  • Lebuh Raya Utara-Selatan di Nilai
Melaka
  • KM 17 -44 Jalan Gapam-Bemban-Chincin
  • Jalan Bachang-Pasir Putih
  • KM 13-32 Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ)
  • Jalan Melaka-Sungai Udang-Klebang-Tengkera
Johor
  • KM 9-11 Jalan Johor Bahru-Air Hitam
  • KM 56-63 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat
  • KM 2 Jalan Bakri dari Muar ke Yong Peng
  • KM 10 Rawang dari Muar ke Segamat
  • KM 135 Lebuh raya Utara Selatan
  • KM 37-48 Jalan Mersing-Kota Tinggi
  • KM 6 Jalan Endau-Mersing
Sarawak
Kuching
  • Jalan Sultan Tengah
  • KM 7-15 Jalan Matang
  • Jalan Stephen Yong
  • KM 11-24 Jalan Kuching-Serian
  • KM 69 Jalan Lundu
  • Jalan Tabuan Jaya-Kota Samarahan
Samarahan
  • KM 38-59, KM 86-87 Jalan Kuching-Serian
  • Jalan Tondong-Bau
Sri Aman
  • KM 6 dan KM 106-112 Jalan Sri Aman-Kuching
  • KM 20 Jalan Sri Aman-Sarikei
  • KM 16-19 Jalan Simpang Bukit Punda
Miri
  • KM 40 Jalan Pantai Miri-Bintulu
  • Jalan Bakam-Luak
  • KM 9 Jalan Pujut-Lutong
  • KM 5 pintasan Miri
  • KM 13 Jalan Lambir-Niah-Bintulu
Sarikei
  • KM 33-38 Jalan Saratok-Sarikei
  • KM 25 Jalan Bukit Sebangkoi
Sibu
  • KM 10-21 Jalan Oya
  • Batu 32-37 Jalan Sibu-Bintulu
Bintulu
  • KM 23 Jalan Bintulu-Sibu
  • KM 15 Jalan Kidurong-Bintulu
  • KM 30 Jalan Similajau-Niah
Sabah
Kota Kinabalu
  • KM 0-15 Jalan Lintas-Tuaran
  • KM 8-20 Jalan Kota Kinabalu-Papar
  • KM 9-22 Jalan Lintas- Kepayan
Sandakan
  • KM 12-52 Jalan Labuk
Tawau
  • KM 1-24 Jalan Apas
Keningau
  • KM 2-12 Jalan Keningau-Tambunan
Beaufort
  • KM 1-21 Jalan Beaufourt-Papar
Kudat
  • KM 1-10 Jalan Kudat-Tamalang
Lahad Datu
  • KM 28 Jalan Lahad Datu-Sandakan
Kimanis
  • KM 1-15 Jalan Papar-Beaufort
Silam
  • KM 20-40 Jalan Semporna-Kunak
Telipok
  • KM 1-44 Jalan Tuaran-Kota Belud-Ranau
Telupid
  • KM 40-65 Jalan Beluran-Telupid
Segama
  • KM 28 Jalan Lahad Datu-Sandakan
     http://rossacalla.blogspot.com

15 Anugerah Allah yang hanya ada pada Wanita tidak pada Lelaki

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
 

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
 http://peribadirasulullah.wordpress.com

Generasi Muda Menjadi Tua Sebelum Waktu


Dunia tanpa sempadan bawa banyak pengaruh negatif diimport
 
Umat Islam ketika ini melalui dasawarsa kedua abad 21 dengan mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi. Peperangan saudara, pergolakan politik, konflik umat Islam minoriti, bencana alam hinggalah kepada ancaman budaya dan serangan hedonisme yang meruntuhkan moral.
 
Ditambah pula dengan serangan pemikiran yang menggesa umat Islam berfikiran secara liberal ala Barat. Generasi hari ini memerlukan persiapan rapi untuk menghadapi cabaran luar yang semakin mengelirukan.
 
 
Hari ini kita berdepan dengan ketidakyakinan terhadap budaya sendiri. Ramai tidak lagi berbangga dengan adat dan tradisi budaya kita yang terbukti berjaya membentuk umat Melayu di Malaysia menjadi umat yang kental dengan agamanya walaupun selepas lebih 500 tahun dijajah.
 
Jika persiapan ini tidak diatur dengan baik dan kemas, maka generasi muda akan kehilangan panduan seterusnya hanyut dibawa arus cabaran yang mengganas. Natijahnya, segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral akan menyelaputi diri mereka.
 
Mereka akan menjadi apa yang disebutkan al-Quran sebagai Zurriyatan du’afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak berwawasan. Firman Allah SWT: “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi ) yang lemah.” (Surah an-Nisa, ayat 9)
 
Sebaliknya jika kehidupan mereka diasaskan kepada kehidupan beragama yang kukuh, nescaya akan terbina generasi seperti mana diungkapkan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi sebagai golongan al-jil al-nasr (generasi kemenangan).
 
Barisan pemuda kukuh iman
 

Generasi ini dibina oleh kekuatan roh dan jasad, lalu menjadi binaan yang tidak boleh dirungkaikan. Mereka adalah barisan pemuda yang mempunyai kekukuhan iman sambil mendapat petunjuk daripada Ilahi.
 
Kini, generasi muda yang baru mengenali dunia sudah dihidangkan dengan pelbagai masalah menyebabkan mereka turut terpalit dengan fitnah dunia hingga menyebabkan mereka menjadi tua sebelum waktunya.
 
Sewajarnya dalam usia ini, generasi muda diberikan ruang, peluang, masa, tenaga dan pendedahan yang baik supaya dapat menghasilkan benih-benih generasi muda yang baik kelak. Malangnya, dunia tanpa sempadan banyak membawa perubahan nilai kepada diri manusia.
 
Sekali lagi, generasi muda terpengaruh nilai negatif yang diimport. Mereka mengalami skizofrenia iaitu gangguan mental yang mampu memusnahkan tamadun. Suasana ini berlaku ketika mana generasi muda kehilangan paradigma dan keliru antara Barat dan moden lantas dimensi moden yang dipegang diambil daripada acuan Barat.
 
Lantaran itu, budaya popular yang kini seolah-olah menjadi budaya massa turut mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran generasi muda Islam. Budaya ini yang lebih mementingkan gaya dan imej daripada nilai serta makna secara tidak disedari semakin diterima masyarakat yang semakin keliru.
 
Kesannya, mereka tidak lagi dapat membezakan antara populariti dan asas, imej dan nilai, palsu dan yang benar. Keadaan ini berlaku apabila wabak ketidakpekaan terhadap nilai hidup sebenarnya berleluasa.
 
Lebih parah, hari ini kita berdepan dengan ketidakyakinan terhadap budaya sendiri. Ramai tidak lagi berbangga dengan adat dan tradisi budaya kita yang terbukti berjaya membentuk umat Melayu di Malaysia menjadi umat yang kental dengan agamanya walaupun selepas lebih 500 tahun dijajah.
 
Masyarakat beragama, berbudaya ilmu
 
Umat Islam yang bermartabat adalah masyarakat yang beragama dan berbudaya ilmu. Justeru, generasi muda yang dilahirkan haruslah mempunyai kualiti diri yang cemerlang, cerdas dan berkeperibadian mulia, lantas bangsanya akan menempa kemajuan dan kemakmuran.
 
Sekiranya tidak ada usaha untuk membimbing dan membentuk generasi abad 21 yang benar-benar mantap keperibadian dan sahsiahnya, maka perancangan yang diatur akan terpinggir dan sekali gus terbengkalai.
 
Sebagai generasi Islam yang mempunyai tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara, maka nilai Islami harus benar-benar menjiwai kehidupan ini. Selaras dengan tanggungjawab ini, maka generasi muda perlu bijak mengatur agenda yang berencana dan memberi keutamaan.
 
Setiap pemuda pemudi Islam harus membulatkan iltizam perjuangan untuk membina keunggulan keperibadian dan kepemimpinan ummah.
 
Abad ini dan mendatang adalah abad generasi muda. Sebagai umat yang mempunyai keyakinan aqidah, pemuda Islam akan mara dengan penuh yakin untuk mengimarahkan muka bumi Allah SWT dan memenuhi tuntutan sebagai khalifah di muka bumi ini.
 
Justeru, tanggungjawab membina insan seimbang dari segi akal, rohani, jasmani dan emosi adalah keutamaan yang harus diberi perhatian serius. Tanggungjawab mendidik manusia ini tidak harus dijadikan tanggungjawab yang hanya dilaksanakan ketika wujudnya tekanan sosial yang memaksa.
 
Pelapis kepemimpinan negara
 
Sebaliknya, pelaksanaan tanggungjawab ini mesti lahir daripada kesedaran mendalam dan semangat jitu. Sebagai generasi pelapis kepemimpinan negara, generasi muda Islam sewajarnya mengimpikan erti kemenangan yang tulen.
 
Namun, kemenangan itu tidak akan datang dengan sendirinya tanpa mengetahui syarat-syaratnya. Generasi muda Islam perlu akur kemenangan dan kecemerlangan adalah datang daripada Allah SWT.
 
Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan kepada mereka yang tidak menolong-Nya. Justeru, dalam upaya kita untuk membina generasi cemerlang yang penuh dengan kemenangan, pemuda Islam hendaklah benar-benar menjadi mukmin yang sejati.
 
http://epondok.wordpress.com/

Kemanisan iman

20130805-215216.jpg
Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia akan menjana kebaikan. Sebaliknya, jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran ialah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan ialah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Apabila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fatamorgana – bahang yang sangat panas disangka air. 
 


Lihat sahaja Presiden Hosni Mubarak (Mesir), Zainal Abidin bin Ali (Tunisia) dan terkini Muammar Gaddafi (Libya) yang tidak cukup-cukup dengan kuasa. Atau Tiger Woods yang tidak cukup-cukup dengan wanita. Hakikatnya, berjaya mencapai kekuasaan, kekayaan, kecantikan dan lain-lain tanpa kualiti hati (iman) hanya akan menjerumuskan manusia kepada rasa kekosongan, kemurungan dan kebosanan. Inilah yang menyebabkan berlakunya perzinaan, rasuah, ketagihan dadah, alkohol dan sakit jiwa dalam kalangan individu-individu yang kaya, jelita, berkuasa dan sebagainya. 

Apabila kualiti hati rendah, nikmat yang banyak terasa tidak cukup. Akibat tidak bersyukur, bersabar, qanaah dan redha, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan. Sebaliknya, hati yang kuat mampu mengawal nafsu (kehendak biologi, seksologi dan fisiologi) umpama burung yang menerbangkan sangkarnya. Manakala, hati yang lemah sentiasa terkurung oleh kehendak nafsu, ibarat burung yang terkurung di dalam sangkarnya.

Hati yang kuat akan memandang segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang sering disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikir secara positif. Dan apabila kita berfikiran positif, segala yang positif akan tertarik kepada kita. Inilah yang disebut sebagai hukum tarikan (law of attractions) dalam kehidupan.

Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (world view) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakukan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimanannya kepada Allah) akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan aqidah (tauhidic mindset), lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorang Mukmin yang segala kelakukannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiah.

Orang Mukmin itu memiliki keajaiban dalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur. Apabila ditimpa musibah, dia mendapat hikmah. Semuanya dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat “halawatul iman” (kemanisan iman). Kemanisan iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan. 

Apa itu kemanisan iman? Ia adalah satu rasa tenang, bahagia dan aman dalam jiwa seseorang hasil keyakinannya yang tinggi kepada Allah, al-kitab, rasul dan lain-lain rukun iman. Ia adalah kemanisan yang bersifat maknawi yakni tidak dapat dirasai dengan pancaindera tetapi hanya dapat dirasai oleh hati. Orang yang telah merasai kemanisan iman akan merasai keindahan dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaan-Nya (Allah). 

Tidak ada rasa sukar, penat, bosan, rugi dan lain-lain dalam diri orang yang telah merasai kemanisan iman. Ia sesungguhnya mengatasi segala kemanisan duniawi. Mereka yakin bahawa apa-apa jua yang ditakdirkan oleh Allah adalah baik belaka. Dan hasil keyakinan itu mereka mampu menukar segala yang buruk menjadi kebaikan, segala kekurangan menjadi kelebihan, segala yang pahit menjadi penawar dan segala yang kotor menjadi bersih dan jernih. Dalam jiwa mereka seolah-olah ada penapis yang mampu menapis segala yang negatif menjadi positif.

Jika iman (kalimah syahadah) itu diumpamakan oleh Allah sebagai pohon yang baik, maka kemanisan iman adalah rasa pada buah yang telah masak ranum, terhasil oleh kesuburan pohon yang telah berbatang, berdahan, berdaun dan berbuah itu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim 14: 24)

Kemanisan iman berkadar terus dengan kesempurnaan iman dalam hati sanubari seseorang. Semakin sempurna, teguh dan kukuh iman seseorang, maka semakin manislah iman itu dirasai olehnya. Oleh sebab itu, bukan semua orang yang mengakui beriman dapat merasai kemanisannya. Ini kerana iman itu bukan dengan kata-kata ataupun angan-angan tetapi ia diperkukuhkan dengan perbuatan dan pengorbanan.

Sudah menjadi kewajipan setiap orang Islam memburu kemanisan iman. Ia perlu dijadikan agenda utama dalam hidup mengatasi segala-galanya. Bahkan jika disedari, pemburuan untuk merasai kemanisan iman ini adalah agenda seumur hidup. Kita hidup dengan iman, kita mati dengan iman dan kita pinta masuk ke dalam syurga dengan iman. Namun, mana mungkin kita boleh melakukan segala-galanya itu jika iman terasa pahit, pedih dan perit. Hanya orang yang rasa manis dengan iman sahaja yang mampu hidup dan mati bersamanya!
Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh energi alam akan

menyebelahinya. Dalam hadis qudsi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan berfirman: ‘Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba, maka cintailah dia.’ Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata: ‘Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia.’” (Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah)

 http://genta-rasa.com

Dettifos, Air Terjun Paling Kuat Pengalirannya Dan Yang Terbesar Di Eropah

Dettifos, Air Terjun Paling Kuat Pengalirannya Dan Yang Terbesar Di Eropah.
 
Air Terjun ini terletak di Vatnajokull National Park di Utara Iceland. Air Terjun ini bersambung dengan sungai Jokulsa a Fjollum yang mana mengalirkan air dari glasier Vatnajokull. Air Terjun ini mempunyai keluasan sehingga 330 kaki dan ketinggiannya adalah 150 kaki. Pangaliran air terjun ini adalah 193 m3/s. 
  
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
akustreesgiler

Senin, 05 Agustus 2013

Fakta Menarik Tentang Kata Laluan ‘Password

Fakta Menarik Tentang Kata Laluan 'Password'

Fakta Menarik Tentang Kata Laluan ‘Password’ | Pada masa dahulu, kata laluan jarang digunakan, namun kini, kata laluan atau lebih dikenali sebagai ‘password’ (dalam bahasa inggerisnya) amat diperlukan bahkan bermacam-macam jenis laman web ataupun aplikasi semuanya memerlukan sekuriti.

 

 

Fakta Menarik Tentang Kata Laluan Password 1 Fakta Menarik Tentang Kata Laluan Password

Fakta Menarik Tentang Kata Laluan ‘Password’

Kita sering memikirkan apakah kombinasi kata laluan (password) yang paling selamat untuk digunakan. Di sini Giler kentang senaraikan fakta menarik yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat kata laluan paling selamat untuk akaun penting seperti ‘online banking’, Facebook, Twitter dan email.
Adakah anda tahu?
 
*Kata laluan 6 digit dengan kombinasi ‘lower case’ (tulisan kecil) perlukan 10 minit untuk digodam.

*Kata laluan 6 digit dengan kombinasi ‘upper case’ (tulisan besar) perlukan 10 jam untuk digodam.

*Kata laluan 6 digit dengan kombinasi nombor atau simbol perlukan 18 hari untuk digodam.

*Kata laluan 9 digit dengan kombinasi nombor dan simbol perlukan 44,530 tahun untuk digodam.
Jadi yang mana paling selamat? Pilihan di tangan anda.
giler kentang
 

Ciri-Ciri Isteri Yang Derhaka – BACA!

 Isteri Derhaka

Memang jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T. Tetapi tidaklah bermakna usaha dan ikhtiar langsung tidak diperlukan. Ertinya sesudah berikhtiar semampu mungkin, maka selepas itu terpulanglah pada Allah apa yang hendak ditakdirkannya.

Perkahwinan adalah penting. Ia adalah suatu pembentukan awal sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun. Dan ini sesuai pula dengan fitrah semulajadi manusia, iaitu memerlukan pasangan di dalam hidupnya.

Oleh itu merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil. Hal yang paling penting ialah mencari jodoh. Siapakah bakal isteri atau suami yang hendak dipilih? Yang mana kalaulah terjadi salah pilih, maka kesannya sangatlah buruk, terpaksa menanggung derita dan seksa di dunia hingga akhirat. Tiada bahagia dan kasih sayang. Rasulullah S.A.W. sudah berpesan tentang syarat memilih isteri.
 


Sabda baginda:
“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, Keranaharta, rupa, keturunan dan agamanya. Maka pilihlahyang baik agamanya.”

Fahamlah kita bahawa syarat penting memilih isteri atau suami ialah yang beragama. Dengan kata lain yang beriman dan yang mengamalkan syariat Islam. Kalau syarat ini ada barulah kita fikirkan tentang hal-hal seperti rupanya, kekayaannya, keturunannya danlain-lain.

Tidak ada syarat lain lagi yang lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh baginda itu. Sebab, wanita beriman, walau dia kaya atau cantik, nescaya dia tetap merendah diri pada suaminya. Tidak akan dikecilkan hati suami lebih-lebih lagi tidak akan ia derhaka pada suami.

Sebaliknya yang wanita cantik pada wajahnya tetapi tidak beriman selalunya membuat suaminya berkeadaan serba salah. Begitu juga wanita kaya yang tidak beriman, biasanya akan memperbudakkan suaminya.

Ini selalu terjadi di dalam masyarakat kita hari ini. Oleh kerana mereka berkahwin bukan kerana Allah, memilih pasangan pula bukannya kerana agamanya, tetapi kerana jawatan, gaji rupa dan lain-lain, ditambahdengan cara kenduri kahwin penuh kefasikan, maka hasilnya terjadilah seperti apa yang terjadi sekarang.

Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yang terkenal maka rumahtangga mereka akan berada dalam keadaan:

Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri.kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapan dengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra dan melayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suami dalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.

Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahnya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasa hina diri.

Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. kalau pun kadang-kadang ia tidak sukadengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa. Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri.
“Kita balik kampung bang”.. “Kita keluar bang”.. “Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah”.. dan sebagainya.

Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab, “Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti.”

Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, “I ada ‘appointment’ petang ini.”

Sewaktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, “I nak siapkan ‘speech’ untuk esok. Abang masuklah dulu”

Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.

Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malamkeluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali. Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami.

Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.

Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup, nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi kerana isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami.

Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup. Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainya terhadap suaminya.

Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:
Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri.

Hendak marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.

Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.

Isteri berani mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalurasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan begini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri, suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.

Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurut saja.

Ertinya suami belajar dengan isteri. Kemuncak dari itu, ialah suami takut untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.

Kalau beristeri cantik

Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, maka suami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Si suami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya. Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dan kerenahnya.

Minta itu minta ini, arah itu arah ini. Kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. Kalau kemahuannya tidak diikuti dia mengugut hendak balik kg atau minta cerai. Diatahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendak dapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kataorang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.

Kalau beristeri kaya

Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri jadi ‘boss’, boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi, suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketua rumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnya isterilah yang jadi ketua rumah, jadi ‘queen-control’. Jadual dan program isteri yang tentukan. Suami mengiyakan sahaja.

Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan:

Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat.

Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni, kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya, nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.

Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengan suaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulah wanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasa bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari ke hari.

Suami merasai lebih bahagia kalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri.Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akanditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.

Kesah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah, seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 pada isterinya.

“Hadiah,” katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.

“Hadiah apa ni?” Ditanya kepada suaminya.

Maka berkatalah suaminya, “Hadiah kerana tadi ketika saya balik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidur diluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal saya hadiah RM50.”

Isterinya pun tersipu-sipu.

Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu,boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulah tidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.

Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaanpun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah dan syurga-Nya.

Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknya meninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggu suaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terus mengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayan suaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnya barulah dia bertanya, “Abang, kalau kita diberi pinjam sesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itu kepada tuan punyanya? “Tentu sekali,” Jawab suaminya.

Kemudian dia menyambung, “Allah telah meminjamkan kita seorang anak. Tapi sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita.” “Innalillah wa inna ilaihi raajiuun,”kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkan mayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanita solehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik, melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu ini hingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian yang berlaku, susahkan sikap isteri.

Hari ini mana ada wanita salehah yang mengorbankandiri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkan keredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat kelak.Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkan suami untuk keuntungan dirinya kerana semata-mata memuaskan diri dan nafsunya.

Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kita beristerikan wanita salehah. Sekalipun wanita itu berpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kayaraya, namun dia tetap taat dan merendah diri padasuaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami (bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukargeran menjadi milik mutlak suaminya. Lihat SayidatinaKhadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah.

Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganya dikorbankan untuk membantu perjuangan Rasulullah S.A.W. Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi setelah menjadi isteri Rasulullah S.A.W., habis hartanya diserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah. Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanya satu bilik usang berpintu satu.

Sayidatina Aisyah, Ummul-Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut giat sama berjuang dengan mengorbankan segala kebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafat Rasulullah, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalah isteri yang rela miskin dan bersusah payah untukIslam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.

Itulah ciri dan contoh wanita beriman. Wanita beginilah yang mesti kita sediakan untuk diperisterikan. Sifat wanita beginilah yang mesti kita didik terhadap ahli keluarga kita.

Agar rumahtanggakita nanti dan generasi akan datang adalah syurga kecil yang sementara, yang menjadi sumber tenaga buat kita dan keturunan kita berjuang mendapatkan syurga yang maha besar lagi kekal abadi di akhirat nanti. 
pakar cinta.com

Label