Rabu, 31 Juli 2013

Cara Orang Melayu Dahulu Beraya?

Menjelang Hari Raya Aidilfitri kali ini aku ada terbaca info pasal cara orang Melayu dahulukala menyambut hari raya. Tida aku ketahui ianya benar atau tidak. tetapi mungkin dapat kita menambahkan sedikit pengetahun kita lagi.
SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.
 
 
Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.
 
Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.
 
Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.
 
Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.
 
Merantau
Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.
 
Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.
 
Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.
 
Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.
 
Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?
Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.
 
Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.
 
Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu. 
Sumber : http://www.budakladang.com/

Menentukan Arah Kiblat – Kaedah Bintang


arah kiblat
Secara umumnya, arah kiblat ditentukan dari sesuatu arah yang dirujukkan. Misalnya arah utara atau arah selatan. Oleh itu, untuk tujuan ini arah atau tanda rujukan perlulah diketahui terlebih dahulu sebelum boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat. Sejak zaman dahulu lagi manusia telah menggunakan pelbagai cara untuk menentukan arah kiblat dan pada zaman sekarang ianya telah dimajukan dengan menggunakan formula dan alatan tertentu.
 


KAEDAH TRADISIONAL DALAM PENENTUAN ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN PETUNJUK ALAM

a) Buruj bintang

Sejak zaman dahulu lagi, manusia telah menggunakan bintang sebagai petunjuk arah.
Perkara tersebut ada dijelaskan di dalam al-Quran sebagaimana berikut:
Dan (ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan denganbintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju[1].
i. Bintang Qutbi(Polaris)

Bintang yang sesuai untuk tujuan penentuan arah utara ialah bintang Qutbi yang terletak bertepatan dengan paksi putaran bumi. Keadaan ini menyebabkan bintang-bintang lain secara ketara beredar mengelilinginya. Bagi pemerhati di Malaysia, bintang Qutbi yang dapat dilihat sepanjang tahun ini terletak rendah di ufuk sebelah utara. Di negeri Pantai Timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu, bintang Qutbi boleh dilihat berada 40�- 60� di atas ufuk.

Bintang Qutbi berada di dalam buruj Ursa Minor (al-Judah), ianya dikenali melalui buruj Bajak/ Timba/ Senduk (Ursa Major/Plough). Buruj Bajak ini dapat dilihat di langit malam pada bulan Mei hingga Oktober.[2] Untuk mengetahui kedudukan bintang Qutbi, terlebih dahulu dicamkan dahulu bentuk buruj Bajak. (Lihat gambar rajah 1)

kiblat kaedah bintang_1 

Rajah 1 : Bentuk Bajak/Biduk/Senduk dan kedudukan bintang Qutbi/Polaris

Setelah dikenal pasti buruj Bajak, arah kiblat ditentukan berdasarkan perbezaan sudut antara bintang Qutbi dengan arah kiblat. Bagi negeri-negeri Nusantara, perbezaan ini berada di antara nilai 68� hingga 75�.[3] Justeru penentuan arah kiblat dilakukan dengan mengukur secara sudut jari bagi nilai perbezaan berkenaan ke arah kiblat. ( lihat rajah 2 dan 3)

kiblat_kaedah_bintang_2
Rajah 2 : Pengukuran sudut menggunakan jari

kiblat_kaedah_bintang_3
Rajah 3 : Pengukuran arah kiblat dari bintang Qutbi

Jenis-jenis bintang/buruj dan cara menggunakannya untuk tujuan arah kiblat

1- Buruj Pari

Selain daripada menggunakan bintang Qutbi sebagai panduan arah utara, buruj Pari atau lebih dikenali sebagai buruj Salib Selatan (Crux) boleh digunakan dalam penentuan arah selatan. Arah kiblat ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68� antara arah selatan ke kiblat.1


2-Buruj Orion / Belantik / Al-Babadur

Di samping menggunakan bintang Qutbi sebagai rujukan, terdapat juga buruj yang boleh dijadikan panduan terus untuk mendapatkan arah kiblat. Di antaranya ialah buruj Orion (Belantik/ al-Babadur). Di dalam buruj ini terdapat tiga bintang berderet iaitu Mintaka, al-Nilam dan an-Nitak yang dilingkungi oleh beberapa bintang yang cerah. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang berderet tersebut ke arah Barat.

Rajah 4 : Bentuk dan kedudukan buruj Orion dan tiga bintang sederet

Buruj Orion akan berada di langit ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kemudian akan kelihatan tinggi di langit tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan waktu yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit pada waktu Maghrib.2

Rujukan :
1. Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (2004), “Hisab Arah Kiblat”,(Sukatan Pembelajaran Ilmu Falak Syarie 2004 Maahad Muhammadi Perempuan) hal.5.
2. Baharrudin Zainal(2002),Pengenalan Ilmu Falak, Cet.1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hal.114.

[1] Surah An-Nahl (16) : 16
[2] Temubual bersama Ahmad Asyraf bin Azhar, Pengerusi Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki Sesi 2007, pada 9 Oktober 2008, jam 10.00 malam bertempat di rumah Dr Muhammad Rowi di Kota Bharu.
[3] Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (2004), �Hisab Arah Kiblat�,(Sukatan Pembelajaran Ilmu Falak Syarie 2004 Maahad Muhammadi Perempuan), hal. 3
panduan percuma

Bagaimana Mengatasi Pertengkaran dalam Perkahwinan?

Ketahui Punca Masalah Sebenar!
suami isteri bertengkar
Konflik atau masalah kadang-kala baik untuk hubungan anda. Apabila anda bertengkar dengan pasangan anda, itu menunjukkan bahawa anda selesa dengan diri anda sendiri dan anda tidak takut untuk menunjukkan sikap  sebenar anda.

Walau bagaimanapun, pertengkaran yang terlalu banyak  atau kerap berlaku ialah keadaan dan cerita yang berbeza. Apabila setiap kesalahan kecil atau apabila isu remeh-temeh sering diperbesar-besarkan dan dibiarkan berlarutan, perkahwinan anda mungkin akan berada dalam keadaan huru-hara.
 


Untuk menyelesaikan sebarang konflik, selidiklah masalah sebenar yang terjadi dan ketahui punca atau sebab berlakunya masalah tersebut.

Jika tidak, anda seperti seorang pakar bedah yang memotong daging pesakit tanpa melakukan diagnosis terlebih dahulu. Berikut antara sebab dan punca yang menyumbang kepada pertengkaran dalam perkahwinan.

Perbezaan Personaliti dan Perangai Pasangan

Semua orang pasti memiliki keistimewaan tersendiri. Maka, setiap orang juga pasti berbeza di antara satu sama lain. Ini membawa kepada perbezaan tafsiran dalam keutamaan, perspektif dan keputusan.

Anda akan menemui dan mengetahui perihal yang berlainan tentang pasangan anda apabila anda mula hidup di bawah satu bumbung yang sama. Si isteri pasti tidak suka pabila suaminya menyelerakkan barang-barang setelah si isteri baru sahaja mengemas rumah, manakala si suami pula tidak suka isterinya balik lewat dari kerja dan tidak memasak untuknya di rumahnya.

Itu antara contoh perbezaan sikap dan personaliti yang menjadi punca pertelingkahan dalam perkahwinan. Walau bagaimanapun, selagi anda menghormati dan saling melengkapi antara satu sama lain, perbezaan personaliti dan sikap pasti tidak akan menjadi masalah besar dalam perkahwinan anda.

Masalah Kewangan

Kelangsungan hidup adalah amat penting untuk semua orang. Mempunyai sumber kewangan yang cukup dan stabil akan memberikan rasa selamat apabila seseorang jatuh sakit, apabila peti sejuk kehabisan makanan dan apabila bil-bil bulanan datang menjengah.

Itulah sebabnya apabila anda menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup, anda akan berasa tertekan. Tekanan disebabkan masalah kewangan ini akan menjadi dua kali ganda bebannya apabila anda mempunyai anak-anak kecil yang perlu anda tanggung dan jaga.

Oleh sebab itu, penting untuk setiap pasangan untuk mengawal perbelanjaan semasa dan sentiasalah hidup bersederhana dan mengikut kemampuan.

Kecurangan

Kekal setia kepada pasangan anda ialah cabaran yang paling besar bagi orang-orang yang sudah berkahwin. Janji yang terungkap di hari bahagia suatu masa dahulu untuk sentiasa bersama perlu tersemat dalam fikiran setiap pasangan dan mestilah sentiasa dipelihara janji tersebut.

Walau bagaimanapun, pasti akan ada pasangan yang terlupa akan janji-janji tersebut akibat perangai dan sikap mereka sendiri. Apabila ini berlaku, perkahwinan anda akan bergelora, kemudiannya pertelingkahan dan pergaduhan pasti akan berlaku.

Malah keadaan yang lebih buruk seperti perceraian mungkin akan terjadi. Oleh itu, peliharalah janji-janji anda untuk kekal bersama selamanya.

Salah faham antara pasangan

Kurang komunikasi ialah punca utama salah faham. Anda mungkin telah mengenali antara satu sama lain untuk jangka masa yang panjang tetapi ia tidak bermakna anda boleh melemparkan kata-kata cemuhan, dan menganggap pasangan anda membaca fikiran anda sepanjang masa atau tidak mengendahkan kata-kata pasangan anda.

Untuk mengekalkan komunikasi yang berkesan dalam keluarga, sentiasalah memberi perhatian kepada apa sahaja yang pasangan anda katakan. Saling bertukar-tukar pendapat atau idea tentang perihal pasangan pasti akan menambahkan persefahaman antara satu sama lain.

** Jarang berlaku masalah atau pertelingkahan bukanlah suatu tanda aras yang sahih dalam menentukan kebahagian sesuatu perkahwinan. Kematangan pasangan boleh diukur berdasarkan sejauh mana mereka boleh mengatasi masalah mereka, bagaimana mereka mengukuhkan hubungan mereka dan bagaimana mereka menjadi bertambah baik melalui sokongan antara satu sama lain.

Berjuanglah untuk terus mengekalkan perkahwinan anda selama-lamanya! :)
pakar cinta

Wanita




Wahai Wanita Sesungguhnya Kamu Adalah : 


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.





4. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak nyenyak kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang mengolah tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah meng
urniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun sholat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

 http://jiwaislam.blogspot.com

Solat Tapi Hidup Tidak Bahagia

altAssalamualaikum w.b.t. Apa khabar sahabat semua? Semoga sentiasa dirahmati dan dikasihi Allah.

Sudahkah kita benar-benar menghadapkan diri dan kehidupan kita sepenuhnya kepada Allah? Berapa peratus? Seratus peratus? Lima puluh peratus? Atau baru sepuluh peratus?

Tahukah anda bagaimana mahu mengukur tahap anda menghadap kepada Allah? 

Mudah saja. Lihat sejauh mana anda menghadapkan diri kepada Allah sewaktu solat. Berapa peratuskan solat anda itu benar-benar sedar kepada Allah dan betul-betul menghadap kepada-Nya dan bukan menghadap kepada yang selain-Nya seperti kerja yang belum disiapkan, ikan di kuali atau kunci yang hilang.




Sebaik anda mengangkat takbiratul ihram, perhatikan kesedaran anda. Anda boleh berada dalam dua kesedaran, pertama kesedaran kepada Allah dan merasa dilihat Allah atau kesedaran nafs iaitu perkara-perkara berkaitan dunia dan hawa nafsu. Sekiranya kesedaran anda kepada Allah hanya sekitar sepuluh peratus sahaja dari keseluruhan solat itu, maka begitu jugalah sepuluh peratus sahaja anda menghadapkan diri dan kehidupan kepada Allah. Itulah cara mengukurnya kerana solat menggambarkan diri dan kehidupan anda.

Bayangkan di dalam sebuah kelas, sekiranya terdapat pelajar yang bercakap semasa guru bercakap, itu menunjukkan sikapnya yang sama di luar kelas iaitu tidak menghormati orang lain. Sikap kita di dalam solat sama dengan sikap kita di luar solat. Justeru, inilah rahsianya untuk kita mengubah sikap dan kehidupan kita kepada yang lebih baik. Iaitu dengan membaiki solat kita. Inilah latihan yang Allah sediakan.
Solat adalah suatu perbuatan yang dibuat berulang-ulang kali. Setiap perbuatan yang dibuat berulang kali akan menjadi perilaku atau sikap seseorang yang melakukan perbuatan itu. 

Justeru Allah mewajibkan hamba-Nya untuk solat dengan khusyuk iaitu dengan menghadapkan dirinya dengan penuh kepada Allah ketika solat. Inilah yang terungkap dalam Doa pembuka solat iaitu Doa Iftitah, “Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku ke wajah Allah yang menciptakan langit dan bumi” dan kalimah seterusnya “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”.

Bayangkan sekiranya seseorang itu menghayati apa yang dibacanya dalam doa Iftitah ini, iaitu dengan melakukan apa yang dibaca bukan sekadar membaca tanpa sedar, pastinya ia akan berubah menjadi perilaku. Bagaimana dia benar-benar menghadapkan wajahnya kepada Allah ketika dia membaca doa Iftitah pastinya dia terlatih untuk menghadapkan diri dan kehidupannya hanya untuk Allah. Inilah rahsia solat yang khusyuk. Apabila seseorang berjaya untuk solat dengan khusyuk maka dia juga berjaya menghadapkan diri dan kehidupannya kepada Allah di luar solat. Dia juga akan berjaya mencegah perbuatan keji dan mungkar kerana dia sentiasa sedar akan Allah setiap waktu dan ketika. Firman Allah; “.. Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”

Ramai umat Islam hari ini mempunyai masalah untuk solat dengan khusyuk. Apakah dan dimana puncanya masalah ini?

Pertamanya kerana tidak adanya ilmu bagaimana kaedahnya untuk khusyuk di dalam solat. Dari kecil, kita diajar dengan lengkap rukun-rukun dan sunat-sunat solat, kita diajar apa yang membatalkan solat tapi jarang sekali yang mengajar bagaimana untuk khusyuk dengan solat. Justeru, ilmu untuk solat dengan khusyuk tersangatlah penting agar solat kita menjadi solat yang khusyuk dan menghadapkan diri kepada Allah. Barulah hidup kita akan betul menghadap kepada Allah dan tidak selain-Nya. Dengan itu benarlah kalimah syahadah yang kita ucapkan bahawa tidak ada Tuhan lain yang kita hadapkan wajah kita selain Allah; tidak menghadap kepada wang dan harta, tidak menghadap kepada pangkat dan kemasyhuran yang dengan itu kita telah mensyirikkan Allah.

Keduanya, setelah kita belajar solat dengan khusyuk, mengapa kita masih mempunyai masalah untuk khusyuk? Ini adalah kerana dalam diri kita ada nafs (hawa nafsu) yang sering mengajak kepada kejahatan. Diri kita masih mempunyai banyak keinginan yang berkaitan dengan dunia.

Justeru ketika kita mahu menghadapkan diri kepada Allah di dalam solat, keinginan-keinginan dunia dari hawa nafsu akan menarik kesedaran terhadap Allah dan membawa kita kesedaran dunia dan isinya. Justeru solat kita menjadi tidak khusyuk kerana jiwa tidak menghadap kepada Allah tetapi kepada selain-Nya. Bagaimana untuk menghadapi masalah ini?
Allah sudah menyiapkan senjata untuk kita menawan hawa nafsu kita agar dia menjadi lemah dan tidak mampu untuk menarik perhatian kita dari Allah. Senjata itu adalah Puasa.

Hawa Nafsu kita berasal dari dorongan jasad kita. Puasa melemahkan jasad dan secara otomatisnya melemahkan dorongan untuk membesarkan hawa nafsu. Justeru latihan 30 hari di bulan Ramadhan adalah senjata yang sangat hebat untuk menawan hawa nafsu itu. Bayangkan setiap hari kita melemahkan jasad dan dorongannya. InsyaAllah di akhir bulan Ramadhan, kita akan berjaya menawan hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan itu dan akhirnya berjaya solat dengan khusyuk dan menghadapkan secara penuh kepada Allah. Justeru kembalilah kita kepada Allah dalam keadaan suci dan itulah sebab kita sering mendengar ungkapan “kembalilah ke fitrah yang suci” di bulan Ramadhan.

Allah memberikan kita senjata yang kedua untuk benar-benar menawan hawa nafsu kita. Senjata yang kedua adalah zakat. Di dalam bulan Ramadhan kita digalakkan berzakat atau bersedekah. Memberi yang digalakkan Allah adalah memberi sesuatu yang dicintai. Contohnya seorang yang mempunyai banyak kambing, haruslah memilih kambing yang terbaik untuk disedekahkan. Mengeluarkan atau memberi harta yang dicintai ini akan membebaskan kita dari ikatan kecintaan harta dan dunia yang sering menarik kesedaran kita dari kesedaran ke Allah kepada kesedaran dunia dan isinya. Justeru dengan senjata yang kedua ini, kita akan lebih mudah untuk solat dengan khusyuk.

Apa jadi selepas bulan Ramadhan? Senjata sudah tidak digunakan lagi?

Pastinya kita memerlukan senjata ini setiap waktu dan ketika kerana kita harus menghadapkan diri dan kehidupan kita kepada Allah setiap bulan dan bukan hanya di bulan Ramadhan. Allah menggalakkan hamba-Nya untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Justeru sebaiknya cubalah berpuasa enam hari berturut-turut agar dapat manfaat seperti bulan Ramadhan di mana kita benar-benar memerangi hawa nafsu yang cuba membesar dengan ‘open house’ di bulan Syawal. Jangan lupa untuk menggunakan juga senjata yang kedua iaitu zakat atau sedekah ketika kita berpuasa enam itu.

Apa yang berlaku selepas puasa enam? Rasulullah mengajar kita untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa itu senjata yang tidak harus ditinggalkan. Justeru untuk memastikan kita mampu untuk sentiasa solat dengan khusyuk di mana kesedaran kita ke Allah berjaya dipertahankan (kerana hawa nafsu yang menarik kesedaran itu sudah berjaya dilemahkan dan ditawan) maka kita harus sentiasa menggunakan senjata Puasa ini secara berterusan.

Jangan lupa juga untuk keluarkan zakat atau bersedekah apabila melakukan Puasa Sunat Isnin dan Khamis. InsyaAllah kita dapat menghidupkan suasana Ramadhan setiap minggu; Isnin, Khamis berpuasa, Jumaat kita raya (ada khutbah Jumaat) dan jangan lupa bila ke Masjid untuk solat berjamaah, hulurkan wang yang kita cintai untuk jalan Allah atau kepada sesiapa yang memerlukan. Justeru orang Islam itu bersedekah setiap minggu.

Inilah rahsia hebat yang sering kita terlepas pandang. Solat, Puasa dan Zakat hanya jadi rutin beragama yang dilaksanakan tanpa memahaminya. Justeru di bulan Ramadhan yang sewajarnya bulan menawan hawa nafsu jadi bulan yang paling kuat membesarkan hawa nafsu, hawa nafsu makan semasa berbuka, hawa nafsu menukar perabot rumah, memberi emas, membeli langsir dan sebagainya. Jadilah Puasa kita itu hanya sekadar lapar dan dahaga yang disebutkan oleh Rasululah.

Dengan Ilmu solat dengan khusyuk dan dua senjata hebat, Puasa dan Zakat, insyaAllah kita akan mampu Solat dengan benar-benar menghadapkan wajah kita kepada Allah sepenuhnya. Justeru, begitulah juga kita di luar solat, insyaAllah benar-benar mampu menghadapkan diri dan kehidupan kita kepada Allah dan menjadikan hidup dan mati kita hanya untuk Allah. Inilah erti Kalimah Syahadah yang kita sebutkan. Barulah kita dikatakan telah menyempurnakan Syahadah kita.

Rumusannya, Solat adalah cermin diri dan kehidupan kita. Bagaimana kita solat, itulah diri dan kehidupan kita. Itulah sebab kenapa Solat adalah soalan yang pertama ditanya oleh Allah bila kita kembali menghadap-Nya satu hari nanti. Baik solat kita, baiklah kehidupan kita dan masuklah kita ke Syurga yang disediakan untuk orang-orang yang menjaga solatnya.

Belajarlah Solat dengan Khusyuk, rajinlah berpuasa dan lepaskanlah ikatan kecintaan kepada dunia dengan sering bersedekah dan berinfaq di jalan-Nya. Semoga kita dipanggil pulang oleh Allah sebagai jiwa yang tenang dan berjaya memasuki Wilayah Nafsul Mutmainnah yang didiami oleh ruh para kekasih Allah. Amin Ya Allah.

Firmah Allah yang bermaksud: “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan puas lagi diredhaiNya, Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu” (Al-Balad: 27-30)
- Artikel Iluvislam.com

Koleksi Pantun Raya Aidilfitri 2013 - II

Koleksi Pantun Raya Aidilfitri 2013, Pantun Raya 2013, Koleksi Pantun Raya Lawak, SMS Ucapan Raya, Ucapan Hari Raya Aidilfitri, Pantun Raya Kreatif, Pantun

Koleksi Pantun Raya Aidilfitri 2013 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang masih setia membaca blog Dr Fuh yang tak seberapa ni. Nampaknya bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Kita kini berada di fasa 10 malam terakhir bulan Ramadhan iaitu hari yang akan berlakunya Malam Lailatul Qadar. In Shaa Allah sama-sama kita tingkatkan amalan kita pada 10 malam terakhir ni.

Semalam Dr Fuh ada post kat wall Dr Fuh mintak friends dan followers Dr Fuh tinggalkan pantun mereka pada komen wall post tersebut. Nampaknya ramai rakan blogger yang join dan kreatif-kreatif belaka. So Dr Fuh akan ambil pantun-pantun hasil idea kreatif mereka sebagai koleksi pantun raya Aidilfitri 2013 yang akan tersemat didalam blog Dr Fuh. Jom kita layan..



Koleksi Pantun Raya Aidilfitri 2013 Versi Blogger Awesome

 

pantun hari raya aidilfitri Koleksi Pantun Raya Aidilfitri 2013
Andai Hamka menyusun kata
Terciptalah kata-kata yang aulia
Mari bermaafan sesama kita
Di pagi Aidilfitri yang mulia
-http://aik.my/-

Makan ketupat dengan lemang,
Masak pula di subuh hari,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa tinggal haruslah diganti
-http://www.iffahafeefah.com/-

Gunung daik bercabang tiga,
tiga serangkai sakit jantung darah tinggi kencing manis,
kalau tuan tak puasa,
jangan nak bermegah berhari raya aidilfiri’s
-http://www.bonikacak.com/-

Dalam manis ada hempedu,
Dalam kata-kata banyak maknanya,
Sayunya hati ramadhan yg kian berlalu,
Untuk menyambut bulan syawal yg bkl menjelma
-http://www.qasehdalia.com/-

Mk panjat pokok mangga
Pokok mangga cikkiwi yang punya,
beta nak ucap selamat hari raya,
salah silap maaf dipinta.
-http://cikkiwis.blogspot.com/-

 Ikan sardin di dalam tin,
Dijual di pasar tiga sehengget,
Selamat hari raya maaf zahir batin,
Dari hamba yang sengal dan senget
-http://www.dikbee.com/-

Anak itik makan roti ,
Makan roti dengan kaya ,
Entri fuh semuanya terkini ,
Dr.fuh selamat hari raya.
-http://ceriazaitul.blogspot.com/-

pantun raya Koleksi Pantun Raya Aidilfitri 2013
anak ketam belajar berjalan,
matanya tertanggal digigit lipan,
selamat tinggal bulan ramadan,
selamat datang bulan memohon kemaafan
-http://greenonepiece.blogspot.com/-

Dua tiga kuih koci,
Mana nak sama kuih suji,
Hari raya aidilfitri bakal menjelma lagi,
Bila mau buat open house kasi makan free?
-http://hafizrahim.com/-

ketupat rendang kueh bahulu,
enak dimakan bersama keluarga,
wahai teman wahai saudaraku,
mari bermaafan dihari raya.
-http://krole-zone.blogspot.com/-

mari mengail si ikan gelama,
ikan di jual di dalam kota,
Ramadhan berlalu syawal menjelma,
jangan di lupa yang jauh di mata
-http://myputeri21.blogspot.com/-

Waktu berkerja jangan megular
Walau berpuasa tetap bekerja
Pantun empat kerat paling popular
Selamat beraya FUH dan keluarga
-http://www.paripariputih.com/-

Anak kambing tercekik ceri
Tercecik ceri masa berbuka
Jari disusun di pagi Aidilfitri
Memohon ampun dari sanak saudara
-http://www.phat.my/-

kak Sue nangis kene gigit dgn Yanty
Qaseh tgk terus meradang
raya dah dekat tak sabar nak cuti
mata terbayang nak makan rendang
-http://www.dismybelog.blogspot.com/-

 Ketupat nasi ketupat palas,
masakan timur dan juga barat
Maaf di hati mohonnya ikhlas,
Salah ditegur maaf beradat
-http://www.mawardiyunus.com/-

Siakap senohong gelama ikan duri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Eh..nanti pantun tak habis lagi
Cer try backlink kalau sudi.
-http://katanajeeb.blogspot.com/-

Balik kampung berAidiltri ,
Dr.Fuh ingatlah Ty tersayang,
Jangan lupa Blog & Entri,
Update terus sebelum idea melayang
-http://www.yanty.my/-

Dua tiga kucing berlari
yang lain berjogging
raya pertama hgga ketiga aidilfitri
ntah rajinkah untuk berblogging
-http://eryati.blogspot.com/-

makan megi dalam beldi
salam aidilfitri
-http://shawnrazaleigh.blogspot.com/-

pantun raya lawak Koleksi Pantun Raya Aidilfitri 2013
Makan Ketupat Sama Kuih Keria,
Ketupat Panas Ditiup Fuh Fuh,
Bila Raya Syioq Tak Terkira,
Sampai Lupa Nak Baca Blog Dr Fuh.
-Dr Fuh-

Haaa. Amacam? Kreatif tak koleksi pantun raya Aidilfitri 2013 atas ni? Ni semua hasil idea dari blogger-blogger yang ada dalam friendlist dan follower facebook Dr Fuh. Memang terbaek idea deorang nih. Selamat Berpuasa Ramadhan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013! icon smile Koleksi Pantun Raya Aidilfitri 2013 
 http://fuh.my/

10 Kes Jenayah Popular Berkaitan Dengan Surat Misteri

Ini adalah senarai 10 kes jenayah popular berkaitan dengan kemunculan surat atau nota misteri dalam situasi yang berbeza-beza kes. Penyelesaian identiti penulis surat misteri itu atau pemecahan kod-kod rahsia mesej utama dalam kes itu menjadi semakin rumit. Selepas membaca 10 senarai ini, mungkin pembaca boleh menyelesaikan apa-apa kes masa lampau...atau ada apa-apa teori yang boleh dikongsikan.
 

1- Zodiac Killer

Seorang pembunuh bersiri yang suka mengejek pihak polis dan orang awam, digelar sebagai Zodiac Killer yang beroperasi di California pada akhir tahun 1960-an dan awal 70-an. Zodiac mencipta nama samaran sendiri dalam surat yang dihantarnya kepada mangsanya dan pihak akbar selepas melakukan pembunuhan. Dia juga mengukir mesej di atas meja di perpustakaan dan pintu kereta di tempat kejadian jenayah itu. Surat-surat itu menggunakan kod kriptografi yang amat sukar untuk dipecahkan sehingga ke hari ini. Hanya satu kod telah dapat diselesaikan oleh Donald dan Bettye Harden yang membacanya kes itu dalam akhbar.
Kod lain termasuk 340 Character Cipher dihantar pd 8 November, 1969, April 20, 1970, dan 26 Jun 1970 dan kedua-duanya dihantar ke San Francisco Chronicle. Selama bertahun-tahun pakar kod telah cuba untuk menyelesaikan kod rahsia ini. Ada yang mendakwa telah diselesaikan mereka tetapi tidak ada pengesahan bahawa kod ini telah pecah dan penjenayah itu masih lagi bebas dan kes ini tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini.

2-Pembunuhan Ricky McCorkmick

Pembunuhan Ricky McCormick adalah kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan daripada FBI Cryptanalysis dan Racketeering Records Unit (CRRU). Mayat Rick telah ditemui dengan terburai di ladang jagung di St Charles County, Missouri pada 30 Jun, 1999. Ricky McCormick merupakan penganggur lepasan sekolah tinggi yang keciciran. Mayat Ricky ditemui 15 kilometer dari alamat rumahnya di suatu tempat yang jauh dari pengangkutan awam. Tiada sebab rasmi kematiannya yang ditemui dengan keadaan busuk dan Ricky tidak ada rekod jenayah lampau. 12 tahun selepas kematiannya, FBI mengumumkan bahawa kematian Ricky McCormick adalah kes pembunuhan dan meminta untuk orang ramai membantu dengan dua nota sulit yang ditemui di badan mangsa. Pihak CRRU dan Persatuan Amerika telah berjaya menyelesaikan kod rahsia itu yang ditulis tiga hari sebelum kematiannya. Tetap penjenayah tidak berjaya ditangkap dan polis mengarahkan orang ramai untuk memberi maklumat untuk membantu siasatan, namun gagal dikesan penjenayah itu.

3- Penulis Surat Circleville [Circleville Letter Writer]

Bermula pada tahun 1976 penduduk Circleville mula menerima surat misteri bermotif dendam. Beribu-ribu surat telah ditulis dalam huruf besar dan dihantar kepada pegawai-pegawai bandar dan juga rakyat biasa. Salah satu penerima surat misteri itu adalah pemandu bas sekolah Mary Gillespie. Mary dituduh mempunyai hubungan sulit dengan pegawai sekolah melalui tulisan surat itu. Pada 19 Ogos 1977, suami Mary, Ron Gillispie menerima panggilan telefon misteri seolah-olah untuk menunjukkan identiti sebenar penulis surat itu. Dia meninggalkan rumahnya dengan membawa senjata untuk berhadapan dengan penulis surat itu. Ron ditemui mati sejurus kemudian tidak jauh dari rumahnya akibat kemalangan dan adalah tidak jelas samada kemalangan atau pembunuhan terancang.

Pada tahun 1983, Mary telah diganggu lagi dengan nota-nota di sepanjang laluan basnya dan dia kemudian menemui satu perangkap yg tersembunyi yang direka untuk membunuhnya. Saudaranya sendiri iaitu Paul Freshour, telah dituduh penjenayah itu dan didakwa atas kes itu selepas siasatan polis. Paul ditahan dan dipenjarakan, pada bulan Mei 1994 Paul terbukti tidak bersalah, namun identiti sebenar penulis surat misteri itu tidak berjaya didedahkan dan Paul telah  meninggal dunia baru-baru ini.

4-Pembunuhan JonBenét Ramsey
Kes pelik JonBenét Ramsey bermula pada 25 Disember, 1996 apabila kanak-kanak cantik itu berusia 6 tahun telah hilang dari rumahnya di Boulder, Colorado. Malangnya mayatnya ditemui di bilik wain bawah rumahnya sendiri sejurus 8 jam selepas dia dilaporkan hilang. Mayatnya ditemui di bawah selimut kegemarannya dengan tali nilon diikat di sekeliling leher, tangan terikat di atas kepalanya dan tape pelekat di mulutnya. Terdapat juga tanda-tanda bahawa dia telah didera secara seksual. Tengkorak mangsa telah patah seperti dipukul dengan objek yang tumpul.

Ibu JonBenét menemui nota tulisan tangan bertujuan meminta tebusan wang sebanyak US$118,000 yang hampir jumlah sebenar bonus tahunan bekerja bapa JonBenét itu. Surat itu mengandungi banyak ancaman kepada bapa JonBenét untuk memberitahu mereka supaya tidak melaporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa percaya pengarang nota itu adalah pembunuh tetapi masih belum menemui padanan tulisan itu melalui DNA dan nota itu yang ditinggalkan pada badan JonBenét, walaupun beberapa spekulasi orang mengatakan bahawa tulisan itu sepadan dengan tulisan ibu JonBenét sendiri.... ianya kekal misteri.

5- Cindy James Kes
 
 
Kes Cindy James adalah satu jenayah yang luar biasa yang berlaku di Richmond, British Columbia. Jururawat berusia 44 tahun telah diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Ianya bermula 4 bulan selepas kes perceraiannya. Cindy James tiap kali diganggu dengan bermacam-macam ancaman bunuh. Ini termasuk panggilan telefon misteri dan nota ancaman bunuh yang ditinggalkan di anjung rumahnya. Apabila pihak polis membuat siasatan, gangguan itu semakin menjadi-jadi. Akhirnya Cindy ditemui mati terikat di luar rumahnya. Dia ditikam dengan pisau pengupasan buah, pihak polis percaya bahawa Cindy James sendiri menulis nota itu untuk dirinya dan sengaja membuat panggilan telefon palsu. Dia juga sering komited ke hospital psikiatri [sakit jiwa]. Terdapat kandungan morfin di dalam darahnya. Polis syak, Cindy membunuh diri dan tiada apa-apa nota ditemuai sebagai petunjuk selepas kematiannya.

6-Pembunuhan Eva Kay Wenal
 

Pada 1 Mei 2008 pemilik pusat membeli-belah, hartawan Harold "Hal" Wenal, pulang ke rumah untuk mencari isterinya yang dikahwini sejak 20 tahun lalu. Eva Kay, ditemui mati dengan berlumuran darah. Bekas model berumur 60 tahun itu telah dipukul dan mempunyai kesan cekik di tekaknya. Dia diserang sebaik sahaja dia membuka pintu dari rumahnya. Walaupun kekayaan Wenal dan rumah mereka penuh dengan barang-barang berharga, tiada apa-apa barang berharga hilang atau dicuri. Pada Julai 2008, satu surat misteri telah dihantar kepada Atlanta Journal Constitution. Surat itu seolah-olah memberi penjelasan mengapa Eva Kay telah dibunuh yang menunjukkan dia mungkin mempunyai hubungan sulit dengan orang lain. Pihak berkuasa percaya surat itu adalah tulen dan dihantar daripada pembunuh Kay.

7 - Pembunuhan Vindalee Smith

Pada 20 Oktober 2012, ibu berusia 38 tahun, Vindalee Smith ditemui mati di rumahnya di Brooklyn dengan luka yang dalam di lehernya. Smith mengandung 8 bulan dan akan berkahwin pada hari berikutnya dengan tunangnya, Anthony Jackman yang sudah berkahwin dengan orang lain. Di bawah komputer di rumahnya tertulis satu nota berkata berkata: "Saya akan membunuh seorang wanita hamil satu bulan bermula dari sekarang sehingga Lee Boyd Malvo bersedia bebas!" Nota tersebut telah ditandatangani bersama-sama dengan smiley face. Malvo bersama dengan John Allen Muhammad adalah penembak curi yang bertanggungjawab ke atas kematian 10 orang sebelum kes itu di seluruh Washington DC dalam tempoh tiga minggu pada bulan Oktober 2002, Post melaporkan.

Tetapi penyiasat memberitahu akhbar itu tidak ada pertalian yang jelas antara Smith atau Malvo dan nota itu, boleh menjadi muslihat oleh pembunuh untuk mengalihkan perhatian mereka dengan membabitkan Malvo.
NYPD tidak dapat mengesahkan kewujudan nota misteri yang ditemui itu.

8- Amerithrax

Selepas serangan 9/11, 7 surat telah dihantar yang mengandungi spora anthrax [sejenis serbuk racun] yang sebenar. Dua set surat telah dihantar, yang pertama dihantar ke stesen penyiaran ABC, CBS, NBC, AMI dan New York Post. Satu set yang lain telah dihantar ke senator Demokratik, Tom Daschle di Selatan Dakota dan Patrick Leahy Vermont. 5 orang terbunuh dan tujuh belas orang telah dijangkiti virus anthrax itu.
Nota-nota itu seolah-olah menunjukkan bahawa surat yang dihantar oleh pelampau Islam kerana mesej-"kematian ke Amerika dan Israel." Pihak berkuasa percaya ini adalah muslihat yang menuduh orang Islam yang bertanggungjawab digunakan oleh penulis surat misteri itu. FBI percaya, Bruce Edwards Ivins, seorang pakar senjata-biologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam misi serangan surat itu. Apabila FBI meminta Akademi Sains Negara untuk mengkaji semula pekerja-pekerja mereka, mereka memberitahu bahawa maklumat yang sedia ada tidak akan dapat membuktikan bahawa Ivins mencipta racun/virus anthrax. Terdapat ramai orang termasuk ahli-ahli mikrobiologi, Ahli Dewan Negara dan Wakil-wakil lain percaya Ivins bertanggungjawab melakukan serangan itu. Ivins membunuh diri akhirnya pada tahun 2008.

9-- Syracuse Anthrax [ Sejenis Serbuk Racun] Misteri

 

Ini adalah entry yang paling berbahaya di dalam senarai. Surat-surat itu dihantar dari Syracuse pada tahun 1997, 1999, 2002, 2010, 2011 dan 2012. Setiap huruf yang terkandung serbuk putih yang penulis itu mendakwa adalah anthrax. Ia kemudian terbukti sebagai bedak bayi atau bahan pencuci dobi. Lima pucuk surat telah dihantar ke Bishop Ludden High School 1997-2010, tiga pucuk surat ke Le Moyne College 1999-2002, satu ke pejabat Rep Ann Marie Buerkle, beberapa surat dihantar ke kumpulan bukan keuntungan, pegawai kerajaan, perniagaan swasta dan selebriti TV. FBI percaya surat ditulis oleh seorang lelaki gila yang berusia 35 tahun. Masih kekal misteri dan penjenayah itu tidak pernah didedahkan.

10- Jack The Ripper
Pembunuh bersiri terkenal diketahui aktif di dalam dan di sekitar kawasan Whitechapel di England pada tahun 1888. Keseluruhannya Jack The Ripper mendakwa membunuh lima pelacur. Terdapat tiga huruf yang berbeza yang dianggap ditulis oleh Jack The Ripper diletakkan bersama mangsa: surat Dear Boss, poskad Jacky Saucy dan surat Dari neraka.

Admin malas nak up-date kisah Jack The Ripper ni..sebab terlalu muak dengan bermacam-macam versi, teori dan ceritanya berbelit-belit.. Sekian. 
 http://wanhayden1040.blogspot.com

Oh! Motosikal Unik Yang RARE!

Inilah hasil kreativiti yang melampaui batas. Apapun ianya memang unik dan lain daripada yang lain. Kalau dah memang minat dengan motorsikal, tak kesah dah berapa banyak duit yang dilaburkan, janji puas hati dan tampil unik di khalayak ramai.

ohtidak-motor-pelik-5 




ohtidak-motor-pelik-4 

ohtidak-motor-pelik-7

Menyelusuri Sejarah Hagia Sofia : Dari Gereja Menjadi Masjid

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya ingin kongsikan sesuatu yang sangat menarik iaitu mengenai sebuah binaan . Ramai yang sedia maklum mengenai sebuah binaan yang tersergam indah yang dikenali sebagai Hagia Sofia yang terletak di Istanbul . Namun tahukah anda semua sebelum menjadi masjid asalnya binaan ini merupakan sebuah gereja.
Sebelum menjadi masjid, Hagia Sofia merupakan gereja bagi umat empayar Kristian Timur Byzantine) yang dibina oleh Constantius, iaitu putera pemerintah Byzantine iaitu Constantine Agung. Gereja ini dari dahulu seringkali dibaikpulh akibat dilanda gempa bumi.


Walaupun bangunannya dibuat berbentuk kubah tahan gempa, tapi ianya tetap runtuh. Pada tanggal 7 Mei 558 Masehi, semasa era pemerintahan Justinianus, kubah sebelah timur Hagia Sofia runtuh akibat gempa bumi. Pada tanggal 26 Oktober 986 Masihi, pada masa pemerintahan Basil II (958-1025), sekali lagi masjid ini mengalami gempa bumi.



Hagia Sophia dari luar


Ketika Konstantinopel jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Murad II Turki Usmani (yang terkenal dengan julukan‘al-Fatih’ / sang penakluk) pada tanggal 27 Mei 1453.

Ketika memasuki kota itu, al-Fatih turun dari kudanya dan melakukan sujud syukur kepada Allah SWT. Lalu beliau pergi ke Gereja Hagia Sofia dan memerintahkan untuk mengubahnya menjadi Masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia.

Nama Konstantinopel akhirnya beliau ganti menjadi Islam Pol yang bermaksud Kota Islam yang ucapannya akhirnya berubah menjadi Istanbul.

Hagia Sophia dari dalam


Setelah kekhilafahan Turki Usmathniyah kalah pada Perang Dunia I , pasukan sekutu menguasai Istanbul pada tahun 1922 M. Bangunan kuno Aya Sofia yang hampir lima abad dijadikan masjid, diubah menjadi museum oleh penguasa baru Turki, Mustafa Kemal Ataturk (Bapa Republik Sekuler Turki). Dan memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara.
Sejak itu, masjid Aya Sofia dijadikan salah satu tarikan pelancongan terkenal oleh pemerintah Turki di kota Istanbul. Nilai sejarahnya dilitupi oleh gaya arkitektur Byzantium yang indah mempesona.

Inilah salah satu usaha musuh-musuh Islam untuk menghilangkan jejak kejayaan Islam. Padahal, dulu Sultan Muhammad al-Fatih hanya didukung oleh 265 orang untuk menakluki kota Byzantium / Konstantinopel / Istanbul yang menjadi pusat kerajaan Rom Timur (Byzantine).


Pemandangan Hagia Sophia di Malam Hari



 

http://redzuan-ridz.blogspot.com/

Selasa, 30 Juli 2013

Drummerz - Gadget Drum Stick Untuk Semua Jenis Handphone Skrin Sentuh Yang Awesome!!

Ade banyak aplikasi drum kit untuk peranti mudah alih pada masa skang ni, tetapi ianya tak berapa nak thrill sangat kan. Guna jari sebagai drum stick amatlah tak praktikal dan tak cool. Skang ni dah dicipta gadget yang cool khasnya kepada penggemar-penggemar hangat-hangat taik ayam untuk drum, korang dah boleh main aplikasi drum kat handphone touch screen korang dengan angkuh dan riak sekali. Nama benda alah ni ialah Drummerz. Drummerz ni diperbuat daripada plastik yang dibaluti dengan getah supaya handphone korang tak retak seribu macam lagu Shilalas Hamzah tu. Sila klik link dibawah untuk video orang main drum kat gadget masing-masing dengan menggunakan Drummerz nih.

drummerz touchscreen drum sticks  
 
 
 


http://johanharith.blogspot.com

PERIBAHASA BARU DICIPTA OLEH BUDAK DARJAH 4

Bila peribahasa baru dicipta oleh budak darjah 4
 
kalau ikut tu kreatif juga jawapannya tetapi
 
wa......... mahu haru dan poning juga cikgu bahasa jika ini terus terjadi
kukukata blogsport

5 Makanan Ringan Berkhasiat Untuk Diambil

Bila sebut tentang makanan ringan, perkara pertama yang terlintas difikiran tentulah tentang “tiada khasiat”. Benarkah begitu?

Mungkin selepas membaca perkongsian daripada Belalang kali ini anda akan terpaksa berfikir semula tentang betulkah makanan ringan tiada khasiat.

5 Makanan Ringan Berkhasiat Untuk Diambil 
 
5 Makanan Ringan Berkhasiat Untuk Diambil

Dibawah ini Belalang senaraikan 5 makanan ringan berkhasiat untuk diambil. Seperti biasa, rujukan untuk tentang informasi ini Belalang perolehi dari Yahoo News!


Bertih jagung (pop corn) kurangkan risiko kanser
 Menonton filem kegemaran di pawagam juga boleh menyelamatkan hidup anda. Bertih jagung sangat kaya dengan antioksida yang dipanggil ‘polyphenols’. Polyphenol ini berfungsi untuk mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain seperti sakit jantung. Satu hidangan bertih jagung mempunyai lebih polyphenol daripada buah-buahan dan sayuran.
Gula-gula getah makanan untuk otak

Ramai orang berpendapat gula-gula getah tidak mempunyai manfaat. Anda mungkin tidak sedar ia boleh meningkatkan daya ingatan dan prestasi otak. Bukan itu saja, anda telah mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan (terutamanya makanan ringan yang tidak mempunyai kebaikan).
Cili legakan sakit
 Cili bukanlah makanan ringan namun dia juga bukan makanan untuk diet. Sesetengah cili mempunyai lebih vitamin C berbanding buah oren. Bagi yang tidak tahu, cili boleh menyembuhkan sakit perut dan juga diaplikasikan dalam tujuan perubatan hari ini. Cili selalunya digunakan di dalam ubat sapu atau balsam untuk sakit sendi. Jadi dalam perubatan, cili digunakan untuk memberi rasa hangat bagi mereka yang mengalami sakit sendi.
Gula semulajadi baik untuk gigi

Gula semulajadi ini selalunya digunakan di dalam gula-gula getah, pudina dan gula-gula yang lain kerana ia rendah kalori dan baik untuk gigi. Jika sering digunakan, plak dan asid laktik yang boleh merosakkan gigi akan berkurangan. Bukan sahaja membantu mengatasi masalah mulut, malah kanak-kanak yang mengambil Xylitol ini dua kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan telinga sebanyak 25%.

Coklat baik untuk jantung
Ramai yang sedia maklum bahawa coklat boleh mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung apabila diamalkan setiap hari dalam kuantiti yang secukupnya. Makan sedikit coklat mampu melembapkan kulit anda dan membuatkan wajah kelihatan licin. Selain itu, coklat juga mampu membantu anda daripada terkena sinaran UV.

Tak sangkakan, makanan ringan yang kita percaya banyak keburukkan sebelum ini rupa-rupanya tidak begitu. Silakan untuk mencuba beberapa makanan ringan daripada senarai di atas :) 
 http://suarabawahtanah.com

Gua Tak Sembahyang Tapi Gua Berjaya, Gua Kaya - Baca Untuk Renungan


jutawan melayu
Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.
 
Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
 
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
 
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
 
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
 
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
 
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
 
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
 
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
 
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
 
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
 
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
 
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
 
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
 
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
 
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
 
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
 
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
 
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
 
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
 
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
 
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
 
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
 
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
 
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
 
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
 
Saya yakin tidak..
 
Anda tenang sekarang?
 
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
 http://redzuan-ridz.blogspot.com

Label